Adobe Project Moonlight Ialah Ejen AI Yang Menjana Idea Untuk Pelbagai Projek

TechnologyDigital
29 Oct 2025 • 4:15 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kita dibanjiri konten setinggi Aki Nabalu setiap hari dan hanya idea paling kreatif sahaja yang boleh berjaya mendapat perhatian orang ramai di media sosial. Oleh itu pengarah kreatif ialah antara kerjaya yang mendapat permintaan serta gaji yang tinggi. Di Adobe MAX semalam, ejen AI Project Moonlight diumumkan dengan ia dikatakan boleh menggantikan tugas pengarah kreatif manusia.

Project Moonlight ialah AI berasaskan Fifrefly yang boleh menjana idea dan saranan kandungan kepada pengguna. Ia melihat perbualan yang pernah dilakukan pengguna dengan pembantu maya AI dalam aplikasi Photoshop, Lightroom, Premiere Pro dan banyak lagi untuk janaan idea. Kemudian ia boleh juga melihat fail yang disimpan di Adobe Cloud untuk menjana konsep karya yang boleh digunakan.

Jika pengguna memuat naik gambar pula, Project Moonlight boleh melakukan suntingan ke semua gambar menggunakan tetapan Lightroom yang disimpan pengguna. Kapsyen untuk muatan ke media sosial turut boleh dijana oleh Project Moonlight sekiranya anda ketandusan idea.

Project Moonlight kini boleh diakses menerusi beta tertutup dengan permohonan untuk menggunakannya lebih awal telah dibuka.