Aduan kes salah laku polis di Kelantan meningkat

LocalPolitics
20 Oct 2026 • 10:35 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Aduan kes salah laku polis di Kelantan meningkat

KOTA BHARU – Jumlah aduan berkaitan salah laku anggota polis di Kelantan meningkat kepada 330 aduan pada tahun ini berbanding 224 aduan pada 2025.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, berdasarkan statistik Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), peningkatan itu membabitkan pertambahan sebanyak 106 aduan dalam tempoh setahun.

Katanya, bagaimanapun, jumlah Kertas Siasatan Tatatertib kekal sebanyak 75 kes bagi kedua-dua tahun berkenaan.

“Statistik sama turut menunjukkan penurunan jumlah Kertas Enkuiri Tatatertib kepada 11 kes berbanding 24 kes pada tahun sebelumnya.

“Aspek integriti dan pematuhan standard juga menuntut perhatian serius. Angka itu perlu dijadikan peringatan bahawa pematuhan peraturan, disiplin dan integriti tidak boleh dipandang ringan,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, beliau mahu JIPS terus memperkukuh pemantauan, memastikan setiap aduan ditangani secara profesional, adil dan meningkatkan usaha pencegahan agar setiap warga pasukan sentiasa berpegang teguh pada etika dan amanah perkhidmatan.

Menurutnya, seluruh warga polis perlu memahami bahawa integriti bukan pilihan, disiplin bukan beban dan akauntabiliti bukan sekadar prosedur.

“Pangkat memberikan kuasa, tetapi integriti mencerminkan kewibawaan dan maruah seseorang anggota.

“Ingatlah, sehelai benang hitam mampu mencacatkan tenunan putih, begitu juga salah
laku seorang pegawai atau anggota yang mampu membayangi jasa dan pengorbanan ribuan warga pasukan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Aduan kes salah laku polis di Kelantan meningkat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved