ADUN Mata Ayer meninggal dunia

LocalPolitics
31 Oct 2026 • 5:33 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ADUN Mata Ayer meninggal dunia

KANGAR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer, Wan Badariah Wan Saad, 50, meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, pukul 4.26 petang tadi.

Berita pemergian wakil rakyat daripada Pas itu disahkan Ketua Penerangan Pas Perlis, Mohamad Zahid Ibrahim menerusi satu makluman ini.

“Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham” katanya menerusi makluman berkenaan.

Allahyarham yang berasal dari Padang Siding, Arau mencipta sejarah sebagai calon wanita pertama diketengahkan Pas Perlis pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada November 2022.

Beliau yang juga seorang peguam memenangi kerusi DUN Mata Ayer atas tiket Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti 2,021 undi selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Setakat ini, punca kematian serta urusan pengebumian Allahyarhamah belum dimaklumkan. – KOSMO! ONLINE

The post ADUN Mata Ayer meninggal dunia appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved