Pemergian Wan Badariah satu kehilangan besar – MB Perlis

LocalPolitics
31 Oct 2026 • 8:34 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pemergian Wan Badariah satu kehilangan besar – MB Perlis

KANGAR: Pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer, Wan Badariah Wan Saad, 50, disifatkan sebagai satu kehilangan besar.

Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah berkata, kerajaan negeri menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah di atas pemergian itu dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat.

Abu Bakar berkata, kali terakhir beliau bertemu dengan Wan Badariah adalah sekitar dua minggu lalu ketika mereka bersama-sama mengikuti program yang dianjurkan.

“Jadi kita harapkan seluruh rakyat Perlis dapat mendoakan roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang beriman,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, hari ini.

Terdahulu, Wan Badariah dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Unit Kecemasan HTF sekitar pukul 4.26 petang.

Beliau meninggalkan suami, Sabry Saad, 52, bersama tiga anak berusia 19, 18 dan 15 tahun.

Sementara itu, ADUN Simpang Empat, Razali Saad berkata, pemergian Wan Badariah merupakan satu kehilangan besar malah banyak jasa sepanjang perkhidmatan sebagai ADUN dan Exco.

Katanya, idea-idea yang dilontarkan beliau sebelum ini juga diharap dapat menjadi saham buat Allahayarhamah di akhirat kelak.

“Kita mendoakan beliau dalam kalangan orang beriman dan dimasukkan dalam syurga,” katanya.-UTUSAN

The post Pemergian Wan Badariah satu kehilangan besar – MB Perlis appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved