AEON Bank Kini Menyokong Google Pay

Business & FinanceDigital
28 Aug 2026 • 5:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

AEON Bank Kini Menyokong Google Pay

AEON Bank kini menyokong pembayaran melalui Google Pay sekali gus menawarkan pengalaman nirtunai yang lebih lancar kepada pengguna Android. Sokongan ini turut disahkan melalui kemas kini rasmi di laman web AEON yang jelas memaparkan kerjasama tersebut.

Image from: AEON Bank Kini Menyokong Google Pay

Dengan kemudahan ini, pengguna boleh membuat pembayaran harian secara terus melalui aplikasi Google Wallet di telefon pintar. Proses penambahan kad adalah sama seperti tetapan kad lain dengan langkah seperti berikut:

  1. Buka Google Wallet.
  2. Pilih “New credit or debit card”.
  3. Masukkan butiran kad secara manual.
  4. Sahkan melalui aplikasi AEON Bank atau OTP e-mel.
  5. Tetapkan kad AEON Bank sebagai kad utama untuk transaksi.
Image from: AEON Bank Kini Menyokong Google Pay

Bersempena pengenalan ini, AEON Bank turut menawarkan ganjaran istimewa kepada pelanggan dengan pulangan tunai sebanyak 3% apabila mereka berbelanja menggunakan Kad Debit AEON Bank melalui Google Wallet.

Image from: AEON Bank Kini Menyokong Google Pay

Pulangan tunai ini dihadkan kepada RM30 bagi setiap pelanggan sepanjang tempoh kempen yang berlangsung dari 28 Ogos hingga 30 September 2026. Jumlah ganjaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun simpanan sebaik sahaja transaksi selesai.

Sumber – AEON Bank

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved