
AEON Bank hari ini melalui akaun sosial mereka telah mula mengacah untuk sebuah ciri akan datang. Walaupun tidak dinyatakan, melalui logo yang dikaburkan, ia seperti memberikan gambaran sokongan Google Pay akan hadir kepada pengguna perbankan AEON Bank tidak lama lagi.

Dengan sokongan Google Pay, pengguna peranti Android boleh menambah kad debit AEON Bank ke aplikasi dompet digital Google, dan seterusnya menggunakan ia untuk tujuan pembayaran dengan hanya tap peranti pada terminal pembayaran.
Pada hari ini, sejumlah besar bank menyokong Google Pay, termasuk bank digital seperti boost Bank dan juga Ryt Bank, selain perkhidmatan kewangan seperti Wise dan Airwallex. Buat masa ini, AEON Bank tidak memberikan sebarang tarikh berkenaan pengenalan ciri ini untuk pengguna AEON Bank.




