
Pengguna TNG eWallet kini dapat menikmati akses pembiayaan wang pinjaman dengan lebih fleksibel dan pantas menerusi perkhidmatan kredit pusingan (FlexiCredit), kerjasama diantara TNG Digital Sdn. Bhd bersama GXBank.
Tawaran kemudahan pinjaman wang menerusi aplikasi TNG eWallet ini, membolehkan pengguna memohon pembiayaan secara terus tanpa perlu membuka akaun simpanan atau akaun semasa (CASA) yang berasingan.
Kemudahan tambah dana
Bagi individu yang mempunyai sejarah kredit terhad sering menghadapi masalah memohon pembiayaan tambah dana, kerana prosedur yang rumit, faktor status kelayakan dan melibatkan kertas kerja yang panjang. Namun dengan aplikasi TNG eWallet, pengguna dapat memohon perkhidmatan pinjaman wang dengan mudah menerusi kredit pusingan (FlexiCredit) dari GXBank.
Untuk lebih faham tentang perkhidmatan ini, jom semak butiran dibawah:
Tak perlu buka akaun berasingan : pengguna TNG eWallet boleh memohon pembiayaan secara terus dalam aplikasi tanpa perlu buka akaun simpanan atau akaun semasa.
Kelulusan pantas : pengguna aplikasi TNG akan mendapat kelulusan dalam tempoh beberapa minit secara digital tanpa perlu lalui prosedur yang rumit.
Terma pembiayaan : pengguna TNG ditawarkan pembiayaan tambah dana sehingga RM150,000, dengan tempoh bayaran baliik yang flesibel antara 6 bulan sehingga 60 bulan pada kadar faedah rata yang kompetitif bermula 3.78 peratus setahun (kadar faedah efektif sekitar 6.45 peratus).
Kaedah kredit pusingan : apabila dana dibayar balik, had kredit akan diperbaharui secara serta-merta. Dan Ini membolehkan pengguna yang menghadapi situasi kecemasan atau keperluan harian boleh mengeluarkan pinjaman pada bila-bila masa tanpa perlu membuat permohonan baru.
Kemudahan kredit mudah alih : menerusi kerjasama TNG bersama GXBank, pengguna dapat memanfaatkan khidmat tambah dana dalam talian dengan mudah dan lancar untuk kegunaan sewaktu kecemasan atau bagi menampung kegunaan perbelanjaan harian.
Cara mohon pembiayaan
Untuk memohon FlexiCredit, pengguna boleh melakukan permohonan secara terus menerusi bahagian CashLoan di aplikasi TNG eWallet tanpa membuka atau mendaftar akaun bank. Dan yang pasti pengguna tidak perlu mengurus dokumen fizikal yang rumit dan banyak, kerana di platfrom digital ini dapat memproses urusan dengan cepat, lancar dan selamat.

Untuk ringkasan, boleh ikuti langkahnya di bawah:
- Buka aplikasi TNG eWallet dan pilih bahagian GOFinance
- Kemudian pilih CashLoan
- Seterusnya masukkan jumlah tambah dana yang diingin, gaji dan jenis pekerjaan anda bagi menyemak kelayakan
- Semak permohonan pembiayaan dan lengkapkan borang pinjaman
- Muatnaik borang sokongan yang diperlukan
- Akhir sekali proses permohonan telah berjaya dan tekan butang tawaran ‘Accept Offer’
Dengan ciri elemen baru dalam aplikasi TNG eWallet ini menjadikan platform ini mesra pengguna dengan tawaran perkhidmatan komprehensif yang merangkumi insuran, kiriman wang, pelaburan dan terkini akses pembiayaan kredit.
Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh kunjungi TNG GOFinance di laman sesawang TNG atau lihat terus dalam aplikasi di telefon pintar anda.


![[VIDEO] ‘Maaf semua, air ketuban dah pecah’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-26-at-10.45.42-1024x624.jpeg)


![[VIDEO] Lumba haram sekat pengguna lebuh raya di Johor](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-22-at-16.00.25-1024x768.jpeg)