AEON Bank Kini Perkenal Ciri Chat Dikuasakan AI Untuk Menjawab Pelbagai Perkara Melibatkan Perbelanjaan Dan Kewangan Anda

LocalBusiness & Finance
22 May 2026 • 11:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

AEON Bank merupakan bank digital patuh syariah pertama di Malaysia, dan turut menyertakan beberapa ciri menarik melalui aplikasi mereka. Salah satunya adalah Neko Sensei yang kini dinaik-taraf dan ditawarkan dalam bentuk antaramuka perbualan seumpama chat.

Image from: AEON Bank Kini Perkenal Ciri Chat Dikuasakan AI Untuk Menjawab Pelbagai Perkara Melibatkan Perbelanjaan Dan Kewangan Anda

Dikuasakan oleh kecerdasan buatan janaan, ia kini diketengahkan pada aplikasi AEON Bank, membolehkan pengguna bertanyakan pelbagai perkara melibatkan perbelanjaan mereka menggunakan AEON Bank, serta turut boleh menjawab pelbagai persoalan melibatkan kewangan anda.

Bagi anda yang menggunakan AEON Bank, boleh melakukan kemaskini aplikasi, dan akan diperlihatkan dengan butang Neko Sensei pada halaman utama. Apabila mengaksesnya, ia akan memaparkan sejumlah persoalan yang anda boleh mulakan untuk berbual dengan Neko Sensei. Halaman sama juga turut memaparkan ringkasan berkaitan akaun anda untuk sesuatu masa.

Image from: AEON Bank Kini Perkenal Ciri Chat Dikuasakan AI Untuk Menjawab Pelbagai Perkara Melibatkan Perbelanjaan Dan Kewangan Anda

Daripada percubaan kami, ciri perbualan Neko Sensei yang dikuasakan oleh AI berfungsi dengan lancar. Walaupun ia boleh mengenal-pasti soalan dalam bahasa Malaysia dan Inggeris, namun percubaan kami beberapa kali memperlihatkan ia memilih untuk menjawab dalam Inggeris walaupun kami bertanyakan dalam BM. Pada masa yang sama, beberapa data masih belum diintegrasikan, seperti ringkasan perbelanjaan yang mempunyai pengecualian cukai, dan sebagainya. Namun, ini boleh dikatakan permulaan, dan kita mungkin melihat pelbagai kemaskini menarik pada Neko Sensei ini dari hari ke hari.

Bagi pengguna AEON Bank, kemaskini aplikasi anda hari ini, dan cubanya sendiri.