OpenAI Membolehkan Akaun Bank Dihubungkan Ke ChatGPT, Dan Pengguna Boleh Bertanyakan Soalan Kewangan – Terhad Di AS

TechnologyPersonal Finance
17 May 2026 • 1:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI Membolehkan Akaun Bank Dihubungkan Ke ChatGPT, Dan Pengguna Boleh Bertanyakan Soalan Kewangan – Terhad Di AS

OpenAI kini hadir dengan sebuah ciri baharu terhad untuk pengguna ChatGPT Pro di Amerika Syarikat, iaitu kebolehan bertanyakan soalan berkenaan dengan kewangan. Melaluinya, pengguna boleh menghubungkan akaun bank mereka ke ChatGPT, dan seterusnya bertanyakan soalan terus melalui ChatGPT.

ChatGPT seterusnya akan menganalisa penyata akaun dan maklumat berkaitan, dalam memberikan jawapan kepada anda. Melalui contoh yang diberikan adalah ia mampu menjana dashboard ringkas untuk anda melihat perbelanjaan, memudahkan anda melihat kepada pelbagai langganan berbayar, selain bertanyakan soalan berkenaan perancangan membeli aset, pelaburan dan sebagainya.

Image from: OpenAI Membolehkan Akaun Bank Dihubungkan Ke ChatGPT, Dan Pengguna Boleh Bertanyakan Soalan Kewangan – Terhad Di AS

Menurut OpenAI, sekitar 200 juta pengguna kini bertanyakan soalan berkaitan kewangan melalui ChatGPT, dan dengan ciri ini, ia membolehkan jawapan yang lebih dioptimasikan dan diperibadikan dihasilkan ChatGPT.

Buat masa ini, ciri ini terhad ke pasaran Amerika Syarikat sahaja. Ia tidak diketahui bilakah ciri ini akan diperluaskan, memandangkan kewangan adalah antara data bernilai tinggi, dan memerlukan kelulusan sejumlah pihak sebelum boleh diintegrasikan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved