AEON Bank Perkenal Financial Purr-Sona, Bantu Pengguna Kenali Tabiat Kewangan

Business & FinancePersonal Finance
27 Oct 2026 • 10:50 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

AEON Bank Perkenal Financial Purr-Sona, Bantu Pengguna Kenali Tabiat Kewangan

AEON Bank memperkenalkan Financial Purr-Sona, ciri interaktif berasaskan kecerdasan buatan (AI) dalam aplikasi perbankan digitalnya bagi membantu pelanggan memahami tabiat kewangan serta mengurus perbelanjaan dan simpanan dengan lebih berkesan.

Bank itu dalam kenyataan bertarikh 26 Oktober memaklumkan ciri yang boleh diakses secara percuma itu digerakkan oleh Neko Sensei, mentor kewangan peribadi berasaskan AI.

Menurutnya, Neko Sensei menganalisis aktiviti dan data kewangan pelanggan dalam aplikasi AEON Bank berdasarkan empat aspek, iaitu simpanan, perbelanjaan, perancangan serta pelunasan pembiayaan atau pembayaran yang genap tempoh.

Berdasarkan analisis itu, pelanggan akan diberikan persona kewangan yang bersesuaian, iaitu Tauke Tabung, Planner Pro Max, Boss Anti-bazir atau Hutang Slayer.

“Financial Purr-Sona merupakan personalisasi dinamik dan tangkas berpacukan kecerdasan buatan (AI), yang mana persona pelanggan boleh berubah dan berkembang, bergantung kepada aktiviti mereka di aplikasi AEON Bank, serta tabiat kewangan dan perancangan bajet,” menurut kenyataan itu.

AEON Bank memaklumkan penggunaan aktif produk dan perkhidmatan dalam aplikasinya, termasuk Akaun Simpanan-i, Savings Pot, Kad Debit-i, DuitNow QR serta pembayaran bil utiliti, akan menghasilkan profil kewangan yang lebih terperinci.

Menerusi ciri Level-up, pelanggan turut boleh mendapatkan bimbingan kewangan peribadi dan tip pengurusan bajet secara percuma daripada Neko Sensei.

Bagi menggunakan ciri berkenaan, pelanggan perlu log masuk ke aplikasi AEON Bank, memilih ikon Neko Sensei pada skrin utama dan melengkapkan kuiz untuk mengetahui persona kewangan masing-masing.

Bank itu turut menggabungkan elemen gamifikasi dan ganjaran menerusi Financial Purr-Sona serta Neko Missions.

Bagi tempoh 16 hingga 31 Oktober 2026, pelanggan yang mengaktifkan Financial Purr-Sona berpeluang mendapatkan baucar Boost Juice bernilai RM10, terhad kepada satu baucar bagi setiap pelanggan.

Sementara itu, bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Mac 2027, pelanggan boleh melengkapkan Neko Missions untuk mengumpul 20 Neko Paws dan menebus baucar FamilyMart bernilai RM10.

Menurut kenyataan itu, satu Neko Paw diberikan bagi setiap misi yang layak, dengan maksimum dua Neko Paws sehari. Antara aktiviti yang disenaraikan ialah mengaktifkan Financial Purr-Sona, memilih cip topik dalam Neko Sensei atau memindahkan wang ke Savings Pot.

Ganjaran yang dikumpulkan boleh ditebus melalui bahagian Rewards dan My Voucher dalam aplikasi, tertakluk kepada terma dan syarat.

AEON Bank memaklumkan pihaknya akan terus mengembangkan Neko Sensei, Financial Purr-Sona dan Neko Missions, di samping meningkatkan fungsi aplikasi serta keupayaan perbankan digital untuk pelanggan perbankan peribadi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved