AEON Bank perkenal ‘Financial Purr-Sona’, ciri interaktif baharu dikuasakan AI

Business & Finance
27 Oct 2026 • 2:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: AEON Bank perkenal ‘Financial Purr-Sona’, ciri interaktif baharu dikuasakan AI
Neko Sensei akan menetapkan Financial Purr-Sona yang bersesuaian untuk setiap pelanggan, antaranya Tauke Tabung, Planner Pro Max, Boss Anti-bazir, and Hutang Slayer

AEON Bank, bank digital Islamik pertama di Malaysia memperkenalkan ciri baharu Financial Purr-Sona yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) bagi membantu pelanggan memahami tabiat kewangan dan mengurus wang dengan lebih berkesan.

Ciri yang boleh diakses secara percuma menerusi aplikasi perbankan digital AEON Bank itu dikuasakan Neko Sensei, mentor kewangan peribadi berasaskan AI yang direka untuk memenuhi keperluan pelanggan terhadap pengalaman perbankan lebih dinamik.

Financial Purr-Sona menganalisis aktiviti dan data kewangan dalam aplikasi AEON Bank merangkumi empat aspek, iaitu simpanan, perbelanjaan, perancangan serta pelunasan pembiayaan atau pembayaran yang genap tempoh.

Berdasarkan analisis itu, Neko Sensei menetapkan persona kewangan bersesuaian bagi setiap pelanggan termasuk Tauke Tabung, Planner Pro Max, Boss Anti-bazir dan Hutang Slayer.

Persona berkenaan bersifat dinamik dan boleh berubah mengikut aktiviti pelanggan dalam aplikasi, termasuk tabiat kewangan serta perancangan bajet mereka.

Pelanggan yang aktif menggunakan pelbagai perkhidmatan AEON Bank, antaranya Akaun Simpanan-i, Savings Pot, Kad Debit-i, DuitNow QR, Pembiayaan Peribadi-i, Deposit Bertempoh-i, Zakat, Takaful, JomPay dan pembayaran bil utiliti, berpeluang membentuk profil kewangan lebih terperinci.

Menerusi ciri Level-up, pelanggan turut boleh mendapatkan bimbingan kewangan peribadi dan tip pengurusan bajet secara percuma daripada Neko Sensei bagi membantu membina tabiat kewangan celik Ringgit.

Bagi meningkatkan pengalaman pengguna, AEON Bank turut mengintegrasikan elemen gamifikasi dan ganjaran eksklusif menerusi Neko Sensei x Financial Purr-Sona.

Antara ganjaran ditawarkan ialah peluang mendapatkan baucar RM10 Boost Juice bagi pelanggan yang mengaktifkan Financial Purr-Sona dari 16 hingga 31 Oktober 2026, terhad kepada satu baucar bagi setiap pelanggan.

Selain itu, pelanggan boleh melengkapkan Neko Missions dari 1 Januari hingga 31 Mac 2027 untuk mengumpul 20 Neko Paws dan menebus baucar RM10 FamilyMart.

Satu Neko Paw diberikan bagi setiap misi yang layak, tertakluk kepada maksimum dua Neko Paws sehari. Misi berkenaan termasuk mengaktifkan Financial Purr-Sona, memilih cip topik dalam Neko Sensei atau memindahkan wang ke dalam Savings Pot.

Untuk memulakan penggunaan ciri itu, pelanggan perlu log masuk ke aplikasi AEON Bank, memilih ikon Neko Sensei pada skrin utama dan melengkapkan kuiz bagi mengetahui Financial Purr-Sona masing-masing.

Pelanggan kemudian boleh memilih Level-up untuk mendapatkan bimbingan kewangan peribadi secara percuma.

Ganjaran yang dikumpulkan boleh ditebus menerusi ikon Rewards pada skrin utama dengan memilih My Voucher tertakluk kepada terma dan syarat.

Sejak pelancaran rasminya pada Mei 2024, AEON Bank terus memperluaskan rangkaian produk dan perkhidmatan patuh Syariah bagi memenuhi keperluan pelanggan seiring perubahan gaya hidup.

AEON Bank turut merancang untuk terus memperkembangkan ciri seperti Neko Sensei, Financial Purr-Sona dan Neko Missions selain fungsi aplikasi serta keupayaan perbankan digital bagi pelanggan Perbankan Peribadi.

Dalam pada itu, bagi peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS), AEON Bank Biz menawarkan penyelesaian perbankan perniagaan menerusi Akaun Semasa Bisnes-i, Deposit Bertempoh Biz-i, DuitNow Biz QR, Term Financing-i dan Working Capital Financing-i.

Penyelesaian itu memfokuskan kepada penyelarasan proses pembukaan akaun, semakan kredit dan perkhidmatan kewangan bagi membantu perniagaan mengembangkan operasi dengan lebih mudah dan lancar.

Bagi produk deposit yang layak di bawah AEON Bank dan AEON Bank Biz, termasuk Akaun Simpanan-i, Savings Pot, Deposit Bertempoh-i, Akaun Semasa Bisnes-i dan Deposit Bertempoh Biz-i, deposit dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit.

Perlindungan berkenaan diberikan secara automatik dan percuma.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved