AEON Shah Alam Raih Pujian, Ambil OKU Pendengaran & Pertuturan Sebagai Pekerja

20 Jan 2026 • 9:13 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

KUALA LUMPUR – Kadangkala, satu peluang kecil mampu memberi makna besar buat seseorang. Lebih menyentuh hati apabila peluang itu hadir tanpa prejudis, tanpa simpati berlebihan, sebaliknya atas dasar kepercayaan dan kemanusiaan.

Satu perkongsian menyentuh hati tular di media sosial Threads apabila seorang pengguna, @fakhoro, memuji langkah AEON Shah Alam yang mengambil individu OKU pendengaran dan pertuturan sebagai pekerja.

Menurut beliau, pengalaman berurusan di premis berkenaan langsung tidak menimbulkan sebarang masalah, malah berjalan dengan lancar seperti biasa.

“Tak ada problem langsung pun masa nak pilih atau bagitahu nak yang mana. AEON pun ada promo beli 6 RM12, beli 12 RM20, jadi pilih-pilih ikut tu saja,” tulisnya.

Tambahnya lagi, situasi itu secara tidak langsung memberi peluang kepada pelanggan untuk mempraktikkan bahasa isyarat asas.

“Boleh la praktis bahasa isyarat basic-basic, ‘terima kasih’ tu paling senang,” katanya berseloroh.

Netizen Terharu, Puji Pengurusan AEON

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang rata-rata terharu dengan inisiatif pihak pengurusan AEON dalam memberi peluang pekerjaan kepada golongan OKU.

“I wish other company also do the same thing… really appreciate ,” komen seorang netizen.

Menjawab dakwaan wujud suara sumbang ketika beratur, pemilik akaun Threads itu menjelaskan mereka tidak mengambil pusing perkara tersebut.

“Masa kami beratur tu ada suara-suara sumbang. Kami okay je. Benda boleh manage,” jelasnya.

Harap Lebih Banyak Majikan Ikut Jejak Langkah

Dalam pada itu, ada netizen berkongsi maklumat bahawa majikan yang mengambil pekerja OKU turut menerima insentif penolakan cukai berganda, selain menyifatkan langkah tersebut sebagai keputusan bijak.

“Dulu dekat KFC Sungai Wang pun ada hire OKU,” ujar seorang pengguna.

Netizen lain turut berharap kerajaan dapat menyediakan lebih banyak manfaat kepada syarikat yang menggaji OKU, namun pada masa sama memastikan kebajikan mereka sentiasa dipantau agar tidak dianiaya atau dimanipulasi.

“Daripada ambil warga asing, lebih baik beri peluang pada OKU juga,” komen netizen.

Pemilik akaun Threads itu turut menyatakan sokongan penuh terhadap usaha tersebut, sambil memuji kualiti makanan di AEON Shah Alam.

“Sushi diorang pun sedap, makanan ada dan harga okay,” katanya.

Perkongsian ini sekali lagi membuktikan bahawa inklusiviti di tempat kerja bukan sahaja memberi peluang kepada golongan OKU, malah mampu mewujudkan persekitaran yang lebih empati dan positif dalam masyarakat. – The Malaysian Update

The post AEON Shah Alam Raih Pujian, Ambil OKU Pendengaran & Pertuturan Sebagai Pekerja appeared first on The Malaysian Update.