Aeril Zafrel Kongsi Gambar Topi, Beras & Tisu MYDIN, Netizen Syak Nak Perli Caprice?

Entertainment
21 Oct 2022 • 4:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sepanjang minggu ini sahaja, isu Caprice dengan pasar raya terkemuka, MYDIN hangat diperkatakan di media sosial dimana pada awalnya pasar raya tersebut memuat naik sebuah hantaran yang berbaur sindiran kepada Caprice.

Oleh sebab daripada itu, Caprice bertindak untuk menyaman malu MYDIN kerana menganggap perkara tersebut menjatuhkan reputasi dirinya sebagai seorang pempengaruh.

Rata-rata netizen terlibat sekali untuk memberi pelbagai pandangan dan reaksi mengenai isu tersebut sehingga ada juga artis yang terpalit untuk mengikuti perkembangan antara dua pihak itu dengan memuat naik beberapa hantaran di media sosial.

Aeril Zafrel kongsi gambar topi, beras dan tisu MYDIN

Siapa lagi yang tak kenal Aeril Zafrel yang boleh dikatakan menjadi seorang pempengaruh di media sosial yang sering memuat naik hantaran-hantaran yang kelakar sehingga ada memanggilnya raja TikTok.

Baru-baru ini, dia merupakan salah seorang artis yang mengikuti perkembangan Caprice dan MYDIN yang sedang menjadi hangat dan pada hari ini juga, dia telah berkongsi sebuah hantaran yang memaparkan topi, beras dan tisu berjenama MYDIN.

“Ni dah jumpa depan2 ni, apa lagi gaduh la.”

Netizen syak nak perli Caprice, ada yang terhibur sekali!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dakwa Aeril Zafrel ingin memerli dan mengaitkan hantaran tersebut dengan isu yang berlaku antara Caprice dan MYDIN. Ada juga yang terhibur dengan hantaran tersebut sehingga ada yang minta dirinya berhati-hati sebab takut jadi mangsa saman yang seterusnya!

image is not available

image is not available

image is not available

Alamak, macam makin hangat pula isu ini!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.