AFC Sokong Palestin, Mahu FIFA Gantung Israel

Entertainment
18 May 2024 • 2:31 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui tentang keganasa yang dilakukan Rejim Zionis ke atas penduduk di Palestin sejak beberapa dekad yang lalu. Keganasan tentera negara Israel itu membedil Palestin setiap hari seakan-akan tiada penghujungnya.

Bagi menunjukkan solidariti ke atas nasib yang menimpa penduduk Palestin, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memberi sokongan kepada Pasukan Kebangsaan Palestin selepas mereka menghantar surat kepada Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) untuk menggantung Israel daripada menyertai mana-mana kejohanan dunia.

image is not available

Memetik laporan Mehr News, badan bola sepak Asia itu menerusi Presidennya, Sheikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa menyatakan sokongan kepada tindakan Palestin itu.

Kami berdiri bersama Palestine, dan kami menyertai mereka dalam mencari jalan penyelesaian berkaitan bola sepak yang berkesan untuk aduan yang dibangkitkan oleh PFA dalam cadangan mereka”

Dalam kongres AFC yang berlangsung di Bangkok, Thailand baru-baru ini, Sheikh Salman juga berkata adalah menjadi kewajipan AFC untuk menyokong Palestin bagi mencari penyelesaian yang pantas dan berkesan selaras dengan peraturan-peraturan dan statut AFC dan FIFA.

image is not available

Cadangan yang dihantar oleh Palestine kepada FIFA pada 11 Mac lalu akan dibincangkan semasa perhimpunan tahunan. Antara negara yang menyokong cadangan ini untuk dibawa ke FIFA ialah Algeria, Jordan, Syria dan Yaman.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.