Pamer Solidariti Untuk Palestin, Anak Bongsu PMX Hadir Konvokesyen Di New York Pakai Keffiyeh

Entertainment
18 May 2024 • 3:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dalam keadaan negara Palestin di serang oleh tentera Israel, kita dapat lihat makin ramai penduduk dunia yang menyatakan solidariti kepada penduduk Palestin.

Di media sosial, pelajar-pelajar yang baru menamatkan pengajian di peringkat universiti tanpa selindung menunjukkan mereka menyokong pembebasan Palestin ketika konvokesyen.

Terkini, anak bongsu Perdana Menteri Malaysia, Nurul Hana Anwar tidak melepaskan peluang itu untuk menyatakan sokongan kepada penduduk Palestin ketika sesi konvokesyennya di New York University.

Video Nurul Hana memakai keffiyeh dan membawa kain rentang bertulis ‘Free Palestine’ di pentas graduasi di kongsi sendiri menerusi akaun X @anwaribrahim.

image is not available

Tahniah!

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada anak bongsu Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas pencapaiannya menamatkan pengajian di menara gading. Tidak kurang juga yang kagum dengan keberanian Nurul Huda Anwar dalam menyatakan solidariti ketika berada di pentas.

image is not availableTahniah PMX dan isteri YB Dr Wan Azizah. Tak lupa juga kepada anak bongsu pasangan hebat ini, Nurul Huda. Semoga ilmu yang diperoleh dapat memberikan kebaikkan kepada lebih ramai orang.

image is not availableItulah, memang jiwa fighter macam bapanya juga Nurul Hana ni rupanya. Mudah-mudahan terus istiqomah dalam mempertahankan dan menyatakan solidariti kepada penduduk Palestin.

image is not availableMin tengok dekat negara luar banyak pelajar yang terang-terang menyatakan sokongan ketika majlis konvokesyen. Hebat betul student kat sana kan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.