Affin Bank raih pengiktirafan Asiamoney sebagai bank terbaik untuk PKS di Malaysia

Business & Finance
1 Sep 2023 • 11:55 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Affin Bank raih pengiktirafan Asiamoney sebagai bank terbaik untuk PKS di Malaysia

zulfadli

01/09/2023 - 11:55

KUALA LUMPUR 1 Sept - Affin Bank Bhd mengumumkan pengiktirafan cemerlangnya sebagai ‘Bank Terbaik untuk PKS di Malaysia’ di Asiamoney Best Bank Awards 2023 yang berprestij.

Pencapaian ini adalah bukti komitmen kukuh pihak bank terhadap kecemerlangan dalam perbankan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan sambutannya yang berlainan daripada biasa terhadap keperluan pelanggan yang berkembang dalam landskap Malaysia yang kompetitif.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank, Datuk Wan Razly Abdullah berkata, pihaknya berbesar hati menerima kemenangan penting ini daripada Asiamoney.

Katanya, ia membuktikan komitmen dan kepakaran pihak bank dalam menyokong pertumbuhan dan kemakmuran PKS di Malaysia.

"Ia seterusnya mendorong kami untuk terus membangun dan menyampaikan penyelesaian perbankan terkemuka yang menyumbang kepada kejayaan PKS.

"Pengiktirafan ini merupakan penanda aras utama yang menunjukkan Affin Bank berada di landasan yang betul sebagai peneraju pasaran dalam menyokong pertumbuhan dan kemampanan PKS dan syarikat pemula niaga di Malaysia melalui pelbagai proposisi khusus dan usaha pendigitalan PKS," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Menurut Wan Razly, sejak penubuhannya, Affin Bank melancarkan pelbagai proposisi bersasar bagi segmen khusus termasuk AFFIN ASPIRA (untuk syarikat pemula niaga), AFFINGEM (usahawan wanita), AFFINWRKFZ (keperluan pembangunan perniagaan PKS).

image is not available
Datuk Wan Razly Abdullah

"Selain itu, kami amat menggalakkan PKS untuk ke arah transformasi digital melalui penyelesaian digital kami seperti AFFINMAX dan aplikasi SME Colony yang telah memenangi pelbagai anugerah.

"Anugerah ini akan mendorong pihak bank untuk terus meningkatkan dan memperluas penawaran pada masa hadapan, selaras dengan visi bank untuk menjadi ‘Syarikat Kewangan yang Paling Kreatif di Malaysia’, yang berlandaskan pelan transformasi A25 Bank; Perkhidmatan Pelanggan Tiada Tandingan, Kepimpinan Digital dan Perbankan Bertanggungjawab dengan Impak (ESG)," katanya.

Ditubuhkan pada tahun 2016, bahagian Perbankan Perusahaan menandakan permulaan perjalanan Affin Bank dalam memberi signifikan yang ketara kepada komuniti PKS secara menyeluruh.

Dengan memberi tumpuan kepada perniagaan dari syarikat permula niaga hingga PKS yang telah mantap, bahagian ini menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan PKS, termasuk pembiayaan, transaksi, pembayaran, perdagangan, dan bankasurans.

Menyedari potensi PKS untuk menetapkan standard amalan terbaik alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), pihak bank telah mengambil langkah proaktif untuk memupuk potensi ini dengan memperkenalkan pembiayaan hijau dan sosial.

Di samping itu, pihak bank juga secara aktif menggalakkan penggunaan nilai ESG sebagai komponen penting dalam strategi pertumbuhan perniagaan jangka panjang PKS. - DagangNews.com