Affin Hwang jangka prospek sektor penjagaan kesihatan cerah disokong peningkatan permintaan produk dan perkhidmatan

Business & Finance
5 Sep 2023 • 12:21 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Affin Hwang jangka prospek sektor penjagaan kesihatan cerah disokong peningkatan permintaan produk dan perkhidmatan

azan

05/09/2023 - 12:21

KUALA LUMPUR 5 Sept - Affin Hwang Capital menjangkakan prospek yang cerah untuk sektor penjagaan kesihatan disokong oleh peningkatan permintaan untuk produk dan perkhidmatan yang berdaya tahan.

Firma penyelidikan itu berkata, syarikat penjagaan kesihatan di bawah liputannya mencatatkan keputusan separuh pertama 2023 yang positif dan selaras dengan jangkaan mereka.

Mereka melihat keputusan itu secara positif walaupun terdapat sedikit penurunan dalam pengendali hospital berikutan unsur bermusim yang dinyatakan sebelum ini.

Memandang ke hadapan, Affin Hwang menegaskan bahawa persaingan baharu harus dihadkan kerana sektor itu dikawal selia dengan ketat.

Katanya, jumlah pesakit dalam dalam operasi Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan dari Julai hingga Ogos berbanding paras terendah suku kedua 2023.

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' untuk IHH Healthcare Berhad dan KPJ Healthcare Berhad sebagai pilihan utama sektor berikutan usaha mengoptimumkan kos syarikat dan rancangan berterusan untuk melepaskan usaha niaga asing mereka yang merugikan.

"Untuk perspektif, bulan puasa biasanya mencatatkan angka paling lemah untuk IHH. Kami tidak melihat risiko dalam unjuran pendapatan kami untuk 2023 dan menjangkakan IHH dan KPJ berkembang daripada kekuatan berterusan dalam jumlah pesakit," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

Affin Hwang juga menamakan UMediC Group Berhad sebagai pilihan utama dalam sektor penjagaan kesihatan kerana potensi pertumbuhan pendapatannya yang besar yang diperoleh daripada rancangan pengembangan syarikat yang akan datang ke dalam cabang pembuatan.

Sementara itu, firma itu mengekalkan panggilan 'pegang' ke atas Apex Healthcare kerana pertumbuhan pendapatan jangka pendek akan kekal perlahan.

Secara keseluruhannya, Affin Hwang mengekalkan pendirian 'overweight' dalam sektor penjagaan kesihatan. - DagangNews.com