Afifah Nasir Syukur, Kini Hamil Anak Pertama - “A New Chapter Begins, Our Little Miracle Made With Love…”

5 May 2025 • 7:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Afifah Nasir mengumumkan dirinya kini sedang hamil cahaya mata pertama.
 

Kongsi foto ultrasound


Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Afifah berkongsi foto imbasan ultrasound bayi dalam kandungannya.


 


Lebih manis lagi apabila hantaran yang disertakan dengan video pendek itu merakamkan momen sweet Afifah memeluk suami sambil memegang foto tersebut.


 

“Setahun berlalu, hanya kami yang menulis kisah cinta kami, satu halaman pada satu masa. 
 
“Kini, babak baru bermula, dengan degupan jantung yang tumbuh dalam diri saya.  Our little miracle, made with love,” tulisnya.

 


Dalam pada itu, di ruangan komen di IG adik kepada aktres Anzalna Nasir ini juga turut dihujani dengan ucapan positif.


 


Rata-rata netizen turut mendoakan agar Afifah diberikan kesihatan yang baik sehingga tiba hari menyambut kehadiran cahaya mata sulungnya.


 


Untuk info, Afifah dan Syed Hariz mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2024 selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan.