AGC fail rayuan pembebasan remaja dalam kes bunuh pelajar 

24 Sep 2026 • 10:48 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Peguam negara

PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang melepas dan membebaskan remaja lelaki berusia 15 tahun atas tuduhan membunuh rakan sekolah di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama tahun lalu.

Jabatan itu menjelaskan, pihaknya telah memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan pada Selasa lalu bagi merayu terhadap keputusan tersebut.

“Setelah mempertimbangkang keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah alam tersebut, jabatan ini telah memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan pada 22 September bagi merayu terhadap keputusan pelepasan dan pembebasan tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan remaja itu daripada pertuduhan membunuh seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama tahun lalu, selepas mendapati dia mengalami ketidakwarasan mental ketika kejadian. 

Pada 13 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan remaja itu membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Remaja berkenaan didakwa membunuh pelajar perempuan berusia 16 tahun itu di bilik tandas perempuan sebuah sekolah di Bandar Utama antara jam 9.20 hingga 9.35 pagi, 14 Oktober 2025.

Mangsa dilaporkan mengalami kira-kira 180 kesan tikaman dalam kejadian berkenaan.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Seksyen 97(1) Akta Kanak-Kanak 2001 memperuntukkan hukuman mati tidak boleh dijatuhkan terhadap seseorang yang merupakan kanak-kanak ketika kesalahan dilakukan.-UTUSAN

 

The post AGC fail rayuan pembebasan remaja dalam kes bunuh pelajar  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved