Remaja perempuan ditahan disyaki curi kabel TNB

24 Sep 2026 • 9:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Remaja perempuan ditahan disyaki curi kabel TNB
Remaja berusia 18 tahun itu ditahan pada 3 pagi tadi di Dungun. - Gambar hiasan

DUNGUN - Polis menahan seorang remaja perempuan yang disyaki terlibat dalam kes kecurian kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Delong, Jalan Loji Air Paya Kemudi di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Nik Ab Halim Nik Mat berkata remaja berusia 18 tahun itu ditahan pada 3 pagi tadi, selepas polis menerima laporan mengenai kehilangan kabel TNB bersaiz 150 milimeter (mm) sepanjang kira-kira 1,000 meter dianggarkan bernilai RM8,000.

Beliau berkata bertindak atas laporan itu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun bergegas ke lokasi sebelum suspek yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri dengan meninggalkan kabel telah dipotong kepada beberapa bahagian lebih pendek.

"Hasil tindakan susulan polis menahan seorang remaja tempatan berusia 18 tahun yang berada di dalam sebuah kereta Proton Satria Neo berwarna kelabu.

"Selain itu polis turut merampas sebuah kenderaan, beberapa keratan dan batang kabel TNB, alat pemotong kabel serta sebuah beg mengandungi peralatan pertukangan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ab Halim berkata siasatan awal mendapati kabel berkenaan dipercayai dipotong menggunakan peralatan pemotong sebelum penebatnya dibuang bagi mendapatkan wayar tembaga.

Katanya, remaja yang ditahan itu dibawa ke Mahkamah Dungun hari ini dan direman selama empat hari hingga 27 Sept bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri. - Bernama

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved