AGC Fail Semakan Keputusan Mahkamah Rayuan Bebaskan Da’i Syed

6 Nov 2026 • 9:17 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Jabatan Peguam Negara (AGC)  memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan majoriti Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan pendakwah selebriti, Da’i Syed daripada pertuduhan merogol.

AGC Buka Fail Mohon Semakan Hukuman Da’i Syed

AGC dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan berkenaan, namun memutuskan untuk memfailkan permohonan semakan selepas meneliti alasan penghakiman yang diberikan panel hakim.

Advertisement

agc

Menurut AGC, permohonan tersebut akan difailkan mengikut Kaedah 105 Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994 [P.U. (A)524/1994].

“Selepas meneliti alasan penghakiman oleh panel Hakim Mahkamah Rayuan, pendakwa raya memutuskan satu permohonan semakan akan difailkan di bawah Kaedah 105 Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994 [P.U. (A)524/1994] (Rules of the Court of Appeal 1994).”

AGC berkata, permohonan semakan itu akan berlandaskan prinsip perundangan serta kriteria dan ambang yang ditetapkan bagi pelaksanaan bidang kuasa semakan Mahkamah Rayuan.

Ia sebagaimana digariskan dalam keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Asean Security Paper Mills Sdn Bhd v Mitsui Sumitomo Insurance (Malaysia) Bhd.

AGC Teliti Sama Ada Wujud Keadaan Luar Biasa

Menurut AGC, hujahan pihak pendakwaan akan tertumpu kepada persoalan sama ada wujud keadaan luar biasa yang memenuhi ambang perundangan bagi membolehkan Mahkamah Rayuan mempertimbangkan pelaksanaan bidang kuasa semakannya.

“Hujahan pihak pendakwaan akan tertumpu kepada persoalan sama ada terdapat keadaan luar biasa yang memenuhi ambang perundangan berkenaan bagi membolehkan mahkamah mempertimbangkan pelaksanaan bidang kuasa semakannya.”

AGC turut menegaskan komitmennya dalam memelihara keluhuran undang-undang serta memastikan keadilan ditegakkan mengikut saluran dan peruntukan undang-undang.

Da’i Syed Sebelum Ini Dibebaskan Dengan Keputusan Majoriti 2-1

Semalam, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan daripada pertuduhan merogol seorang wanita tujuh tahun lalu.

Keputusan majoriti 2-1 itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Azman Abdullah bersama Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid yang membenarkan rayuan akhir Syed Shah.

Hakim Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid bagaimanapun menentang keputusan tersebut.

Kes Berlarutan Sejak 2020

Pada 10 Disember 2020, Syed Shah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun ketika itu di sebuah bilik kondominium di I-City, Seksyen 7, Shah Alam, kira-kira jam 1.35 pagi pada 11 September 2019.

“Memalukan Dan Mencemarkan Agama Islam” – Netizen Desak Stesen TV Tarik Balik Gelaran Da’i Syed

Pada 10 April 2023, Mahkamah Sesyen Shah Alam melepas dan membebaskannya selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya pada akhir kes pendakwaan.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Shah Alam kemudiannya memerintahkan Syed Shah membela diri selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.

Pada 30 Ogos 2024, Hakim Mahkamah Sesyen, Adlin Abdul Majid menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan terhadapnya.

Syed Shah diperintahkan menjalani hukuman penjara pada hari yang sama.

Bagaimanapun, selepas 21 hari menjalani hukuman di Penjara Kajang, beliau dibebaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam sehingga rayuan utamanya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman didengar.

Dengan keputusan AGC untuk memfailkan permohonan semakan, perkembangan lanjut berhubung kes berkenaan kini bergantung kepada proses undang-undang seterusnya.

The post AGC Fail Semakan Keputusan Mahkamah Rayuan Bebaskan Da’i Syed first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved