MMKN Tiada Kuasa Gantung Tugas SUK, Penasihat Undang-Undang - AGC

LocalPolitics
23 Sep 2026 • 12:01 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

MMKN Tiada Kuasa Gantung Tugas SUK, Penasihat Undang-Undang - AGC

Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan tidak mempunyai bidang kuasa dari segi undang-undang untuk menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) mahupun Penasihat Undang-Undang Negeri berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam satu kenyataan.

AGC berpandangan bahawa sebarang urusan berkaitan pelantikan serta penggantungan kedua-dua jawatan kanan itu terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa suruhanjaya perkhidmatan berkaitan, dan bukannya pihak berkuasa negeri.

Baca juga:

"Jabatan ini berpandangan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan tidak mempunyai kuasa dari segi undang-undang untuk menggantung tugas penyandang kedua-dua jawatan tersebut.

"Perkara berkaitan pelantikan termasuk penggantungan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri masing-masing terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 37 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS)" maklum kenyataan itu.

Mengulas lebih lanjut, AGC menyatakan pelantikan Penasihat Undang-Undang baharu pula perlu dinyatakan bahawa pelantikannya hendaklah mematuhi Perkara 37 UUTKNS iaitu dilantik Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan daripada kalangan anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved