AGC Tidak Campur Tangan Kembalikan Mohd Shuhaily Ke PDRM

LocalPolitics
31 Oct 2026 • 12:26 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

AGC Tidak Campur Tangan Kembalikan Mohd Shuhaily Ke PDRM

KOTA BHARU, 31 Okt (Bernama) -- Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak campur tangan dalam keputusan mengembalikan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain ke Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata pihaknya hanya berperanan memberi pandangan dari segi undang-undang tetapi isu berkenaan Mohd Shuhaily itu adalah urusan pentadbiran Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Baca juga:

"Kami belum beri pandangan secara rasmi sebab ia belum dirujuk kepada pihak AGC, cuma ini tindakan pentadbiran oleh pihak KDN, jadi itu kita tidak campurlah.

"Sama ada Datuk Mohd Shuhaily mahu kekal di situ atau pun nak ditukarkan balik ke PDRM itu kita tidak campur tangan...itu lebih kepada soal pentadbiran," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penyerahan Prasarana Rekreasi KAM AGC 2026 di Taman Pinggiran Warisan, Kampung Kok Lanas di sini hari ini.

Pada Khamis lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Mohd Shuhaily kembali bertugas dengan PDRM selepas keputusan terhadapnya diputuskan pada minggu lepas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved