Keputusan Kembalikan Shuhaily Ke PDRM Bukan Bidang Kuasa AGC

LocalPolitics
31 Oct 2026 • 7:52 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Keputusan Kembalikan Shuhaily Ke PDRM Bukan Bidang Kuasa AGC

KOTA BHARU - Keputusan berhubung kemungkinan mengembalikan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain ke dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas tamat tempoh beliau sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bukan terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Peguam Negara (AGC).

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, berkata perkara itu berada di bawah tanggungjawab pentadbiran kementerian berkaitan, manakala peranan AGC hanya memberikan nasihat perundangan sekiranya diperlukan.

Beliau berkata, AGC setakat ini belum mengeluarkan sebarang pandangan rasmi kerana perkara berkenaan masih belum dirujuk kepada jabatan itu.

“Setakat ini, kami belum memberikan pandangan rasmi kepada pihak berkaitan kerana perkara itu belum dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara,” katanya seperti dilaporkan BH, hari ini.

Mohd Dusuki berkata demikian selepas merasmikan dan menyerahkan kemudahan rekreasi Kampung Angkat MADANI yang dibangunkan oleh AGC di Kampung Kok Lanas, dekat sini, hari ini. - Getaran, 31 Oktober 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved