Agenda penyatuan ummah teras utama Pas hadapi PRU16

LocalPolitics
4 Sep 2026 • 12:09 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Agenda penyatuan ummah teras utama Pas hadapi PRU16

KOTA BHARU: Pas meletakkan agenda memimpin penyatuan ummah sebagai antara tujuh teras utama parti itu bagi mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu wajib mengambil langkah politik yang berhikmah untuk menyatukan Melayu Islam dan bukan Islam yang tidak ekstrem sebagai sebuah masyarakat majmuk di Malaysia.

Katanya, Pas berpegang pada Islam dan tidak pernah mengkhianati sesiapa dalam mana-mana perjanjian.

“Pas bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara yang membawa kebaikan kepada negara tanpa menggadaikan dasar dan prinsip perjuangan. 

“Usaha penyatuan ini bukan sekadar di peringkat nasional, bahkan turut disambut di peringkat negeri, kawasan dan cawangan-cawangan,”katanya dalam Ucapan Dasar Presiden sempena Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa,di sini hari ini.

Abdul Hadi berkata, Pas turut meletakkan sasaran mempertahan kemenangan di empat negeri di bawah pentadbiran State Government 4 (SG4) iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Katanya, setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenangi pada PRU-15 wajib dipertahan selain memastikan agenda Islam dilaksanakan sepenuhnya mengikut bidang kuasa negeri masing-masing.

“Segala pencapaian dan prestasi cemerlang kerajaan negeri hendaklah disampaikan kepada rakyat dengan jelas dan pantas, terutama bagi menangkis sebarang serangan fitnah serta mengutamakan kebajikan rakyat.

“Pada masa sama, Pas juga akan memperluas kemenangan di negeri sasaran iaitu Pahang, Perak dan Selangor bagi memperkukuh penguasaan kerusi Pas dan Perikatan Nasional (PN) di peringkat Parlimen,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Marang berkenaan berkata, agenda menuju PRU-16 itu turut menggariskan pengukuhan dalaman parti termasuk penguasaan segmen pengundi strategik melibatkan sayap Ulama, Pemuda, Muslimat serta Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP).

“Langkah itu akan disokong dengan pengukuhan tarbiah dan organisasi sebagai tunjang kekuatan parti.

“Selain itu, pemantapan jentera pilihan raya dan penerangan, serta pelaksanaan agenda dakwah dan kebajikan berimpak tinggi kepada masyarakat,” katanya. – UTUSAN

 

The post Agenda penyatuan ummah teras utama Pas hadapi PRU16 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved