‘Agenda Sabah Maju Jaya sebab rakyat terus sokong Gagasan Rakyat’

Politics
16 Oct 2023 • 3:58 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Matlamat dan hala tuju perjuangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yang menitikberatkan pembangunan lebih bersepadu menerusi agenda Sabah Maju Jaya (SMJ) antara sebab rakyat terus mahu bersama parti itu.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sekong, Safarudin Abu menegaskan ia terbukti apabila rakyat di peringkat akar umbi menyatakan sokongan yang tidak berbelah-bagi kerana kepercayaan mereka terhadap Gagasan Rakyat selama ini.

Apatah lagi, katanya, idea yang mantap daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang mahukan negeri ini terus maju ke hadapan dengan menekankan pembangunan secara komprehensif menambah lagi keyakinan rakyat.

“Saya yakin sokongan rakyat terhadap parti ini akan terus bertambah memandangkan sejak ditubuhkan banyak pembangunan yang kita boleh lihat sendiri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan 2023 Gagasan Rakyat Sekong di Dewan Masyarakat, dekat sini, baru-baru ini.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Mengulas lanjut, Safarudin berkata antara pembangunan yang dilaksanakan kerajaan pada hari ini seperti pembinaan rumah SMJ, bantuan pendidikan SMJ dan bermacam-macam lagi.

“Keprihatinan Ketua Menteri memberikan kesan positif di mana rakyat memerlukan pembelaan telah mendapat banyak manfaat. Saya yakin, Sabah akan terus membangun dan rakyat pula terus terbela menerusi hala tuju SMJ,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata keahlian GRS Sekong kini sudah pun mencecah hampir 10,000 orang daripada 184 cawangan yang didaftarkan.

Safarudin menasihatkan ahli-ahli sentiasa menyemai semangat perpaduan antara satu sama lain demi kekuatan parti.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.