Agensi ILLIT Tuduh NewJeans Tiru Blackpink, Bekas Pengarah YG Tampil Beri Respon

Music
11 Jun 2024 • 1:35 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Bekas pengarah kreatif yang bekerja dengan BLACKPINK telah tampil bersuara mengenai terhadap NewJeans.

Pada 11 Jun, agensi ILLIT iaitu Belift Lab telah memuat naik video dan menuduh NewJeans meniru beberapa kumpulan K-Pop terkenal termasuk BLACKPINK.

Di mana, agensi di bawah naungan HYBE itu telah membandingkan gambar NewJeans dan BLACKPINK serta menyatakan bahawa kumpulan yang ditubuhkan oleh Min Hee-jin itu telah meniru pakaian serta konsep BLACKPINK.

Sebagai respon terhadap tuduhan tersebut, bekas pengarah kreatif YG Entertainment yang telah bekerja dengan BLACKPINK sejak dari kemunculan sulung mereka tampil bersuara.

Dalam hantarannya di media sosial, bekas pekerja YG itu telah memuat naik tangkapan skrin tuduhan tersebut dengan kapsyen,

Ianya sangat berbeza.

Di samping itu, peminat turut mendapati bahawa konsep skirt tenis pada mulanya telah diperkenalkan oleh kumpulan f(x) semasa era “Pink Tape”.

Malah, peminat turut menyatakan bahawa “Pink Tape” telah diarahkan oleh Min Hee-jin yang kemudiannya menjadi CEO yang menubuhkan agensi NewJeans.

Kesian NewJeans jadi mangsa..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.