“Objek Fantasi Orang Dewasa..” – Agensi ILLIT Dikecam Dek Beri Komen Seksual Terhadap NewJeans

Entertainment
11 Jun 2024 • 10:24 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Agensi ILLIT iaitu Belift Lab telah memuat naik satu video yang mendakwa bahawa NewJeans telah meniru konsep serta tarian kumpulan-kumpulan lain.

Namun begitu, video itu telah dikritik oleh peminat serta netizen selepas mereka menyedari bahawa Belift Lab turut melibatkan nama kumpulan-kumpulan lain yang tidak bersalah.

Malah, agensi ILLIT itu juga dikecam teruk kerana telah membuat komen seksual terhadap NewJeans.

Di mana, dalam satu bahagian video tersebut, Belift Lab telah menyatakan bahawa ILLIT bukan NewJeans kerana “NewJeans ialah remaja yang menjadi objek percintaan fantasi orang dewasa”.

Kini, rata-rata netizen dan peminat menggesa agensi ILLIT untuk meminta maaf terhadap kumpulan itu.

Mereka juga percaya yang ADOR perlu menyaman kenyataan seksual yang dibuat oleh Belift Lab terutamanya kerana kesemua ahli NewJeans masih lagi dibawah umur.

Sehingga kini, kedua-dua agensi belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berikutan dengan isu yang sedang terjadi.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.