Agih pagi Isnin! Loke akan ‘turun’ ke Melaka, beri bantuan RM1,000 untuk pemandu teksi

LocalPolitics
25 Oct 2026 • 4:35 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke memaklumkan bahawa pemandu teksi di Melaka akan menerima bantuan sebanyak RM1,000 seorang menerusi agihan yang dijadualkan berlangsung pada pagi Isnin.

Hasil dari jualan nombor pendaftaran H

Memetik laporan daripada Berita Harian, pengumuman itu dibuat ketika beliau berucap pada Majlis Pengumuman Calon dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Negeri Melaka di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Loke yang juga Timbalan Pengerusi PH menyatakan, kerajaan mahu memastikan hasil negara dimanfaatkan untuk membantu rakyat, selain menekankan kepentingan mengekalkan kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi.

“Seperti yang baru-baru kita buat, hasil daripada jualan nombor pendaftaran H sebanyak RM91 juta, kita bagi balik terus kepada pemandu teksi (yang layak) RM1,000 seorang.
“Untuk pemandu teksi di Melaka, tolong ambil perhatian. Saya akan turun pagi Isnin ini (esok), kita bagi terus RM1,000 kepada setiap pemandu teksi.
“Kita percaya kita diberi amanah untuk menjaga kerajaan, menjaga negara ini, menjaga harta dan hasil kita untuk kesejahteraan rakyat. Ini falsafah kita dalam kerajaan,” katanya.

Image from: Agih pagi Isnin! Loke akan ‘turun’ ke Melaka, beri bantuan RM1,000 untuk pemandu teksi

Kerajaan fokus kepada golongan berpendapatan rendah

Dalam ucapannya, Loke turut menyentuh pencapaian pentadbiran kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang hampir empat tahun mentadbir negara, termasuk usaha memulihkan kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi antara perkara yang boleh diketengahkan kepada rakyat, selain pelaksanaan rasionalisasi subsidi yang membolehkan bantuan disasarkan kepada golongan memerlukan.

Menurutnya, kerajaan turut memberikan perhatian kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana menerusi pelbagai inisiatif, termasuk Sumbangan Asas Rahmah (SARA), bantuan pendidikan serta langkah berkaitan percukaian.

Image from: Agih pagi Isnin! Loke akan ‘turun’ ke Melaka, beri bantuan RM1,000 untuk pemandu teksi

Loke juga mengingatkan bahawa semangat perjuangan dan kesatuan dalam PH perlu terus dipertahankan meskipun gabungan itu berdepan keputusan pilihan raya yang kurang memuaskan di beberapa negeri.

“Dalam dunia politik, kadang-kala kita menang, kadang-kala kita kalah. Jadi, bukan selalu kita mendapat keputusan terbaik. Yang paling penting ialah semangat juang kita, kekal kuat dan kekal tinggi.
“Walaupun kita kecundang di Negeri Sembilan, kita akan bangkit kembali di Melaka. Dalam PH, susah senang kita bersama,” katanya.

Image from: Agih pagi Isnin! Loke akan ‘turun’ ke Melaka, beri bantuan RM1,000 untuk pemandu teksi

Beliau berharap rakyat Melaka terus memberikan sokongan kepada PH, sambil menegaskan komitmen gabungan itu untuk meneruskan usaha memastikan dasar kerajaan memberi manfaat kepada masyarakat.

Sumber: Berita Harian (Meor Riduwan Meor Ahmad)
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved