Akmal Saleh sindir pengumuman bantuan Loke? -“Dulu cakap tak boleh, hari ini semua boleh”

LocalPolitics
25 Oct 2026 • 7:14 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pengumuman Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berhubung bantuan RM1,000 kepada pemandu teksi di Melaka mengundang reaksi Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang menyindir kenyataan tersebut menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Persoal pengumuman bantuan

Menerusi hantaran di Facebook, Akmal yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau mempersoalkan pengumuman bantuan itu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Rezeki pemandu teksi Melaka. Mohon untuk luluskan lebih banyak lagi peruntukan menjelang PRN Melaka ini.
“Dulu cakap tak boleh, hari ni semua boleh. Tahniah Madani,” katanya.

#

Bantuan buat pemandu teksi

Terdahulu, Anthony yang juga Setiausaha Agung DAP mengumumkan beliau akan turun ke Melaka pada Isnin bagi menyampaikan bantuan RM1,000 kepada pemandu teksi yang layak.

“Seperti yang baru-baru kita buat, hasil daripada jualan nombor pendaftaran H sebanyak RM91 juta, kita bagi balik terus kepada pemandu teksi (yang layak) RM1,000 seorang.
“Untuk pemandu teksi di Melaka, tolong ambil perhatian. Saya akan turun pagi Isnin ini (esok), kita bagi terus RM1,000 kepada setiap pemandu teksi,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan Negeri Melaka di Stadium Hang Jebat, Melaka pada Sabtu.

Image from: Akmal Saleh sindir pengumuman bantuan Loke? -“Dulu cakap tak boleh, hari ini semua boleh”

Untuk rekod, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2027 pada 9 Oktober lalu mengumumkan bantuan kewangan sekali bayar sebanyak RM1,000 kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah menerusi hasil jualan siri nombor pendaftaran khas ‘H’.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilaporkan mengumpul RM91.2 juta menerusi lelongan dalam talian siri nombor pendaftaran berkenaan yang berlangsung dari 16 hingga 20 September lalu sempena sambutan Hari Malaysia.

Sumber: Facebook Akmal Saleh

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved