Agihan kerusi PN-BN di PRN Melaka guna konsep penyandang

LocalPolitics
24 Oct 2026 • 10:19 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Agihan kerusi PN-BN di PRN Melaka guna konsep penyandang

KOTA BHARU – Pembahagian kerusi antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bulan depan dibuat berasaskan konsep penyandang.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, konsep tersebut dipersetujui secara umum oleh semua parti anggota gabungan berkenaan.

“Konsep yang dipersetujui secara umum ialah ‘incumbent’, bermakna penyandang.

“Pendekatan itu sama seperti diguna pakai di negeri-negeri lain sebelum ini.

“Di Kelantan, PAS dan Perikatan Nasional (PN) memegang 42 daripada 45 kerusi, itulah penyandang. Di Terengganu, 28 kerusi adalah penyandang kepada PAS dan PN,” katanya pada sidang media selepas Himpunan dan Munajat Penyatuan Ummah  di sini  malam tadi.

Kata Takiyuddin, di Melaka juga kerusi penyandang UMNO adalah sebanyak 21 kerusi.

“Di Melaka memang kerusi penyandang UMNO adalah 21. Jadi kita kena faham macam itulah,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sudah memuktamadkan rundingan dengan PAS pada PRN Melaka.

Katanya, menerusi rundingan itu, BN mengesahkan akan bertanding di 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala PAS dan ‘rakan-rakannya’ tujuh kerusi.

 

The post Agihan kerusi PN-BN di PRN Melaka guna konsep penyandang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved