Muktamad, hanya tujuh kerusi untuk Pas-PN

LocalPolitics
24 Oct 2026 • 2:48 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Muktamad, hanya tujuh kerusi untuk Pas-PN

MELAKA: Barisan Nasional (BN) kekal dengan keputusan memperuntukkan tujuh kerusi tidak ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kepada Perikatan Nasional (PN), meskipun terdapat usaha untuk mendapatkan kerusi tambahan.

Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu telah dipersetujui menerusi perjanjian bersama dan BN akan berpegang pada persetujuan berkenaan.

“Saya dengar ada usaha-usaha pengintaian itu, tetapi kita sudah ada bai’ah, perjanjian bahawa mereka diberikan peluang merangkul tujuh kerusi yang tidak ditandingi BN dan kita serah untuk pengagihan antara parti gabungan dalam PN.

“Setakat ini, itulah yang diputuskan dan kita pegang apa dipersetujui bersama,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Graduasi Huffaz dan Apresiasi Kecemerlangan Ulul Albab di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata PN berharap rundingan dapat diadakan bagi mendapatkan tambahan satu atau dua kerusi selain tujuh kerusi yang diumumkan sebelum ini.

Media sebelum ini melaporkan Ahmad Zahid mengesahkan rundingan persefahaman politik dengan PAS telah dimuktamadkan, dengan BN akan bertanding di 21 kerusi manakala tujuh lagi diperuntukkan kepada PAS dan rakan politiknya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 31 Okt sebagai hari penamaan calon, 10 Nov bagi pengundian awal dan 14 Nov sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka ke-16. – BERNAMA

The post Muktamad, hanya tujuh kerusi untuk Pas-PN appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved