PRN Melaka: BN kekal pendirian agihan tujuh kerusi kepada PN - Ahmad Zahid

LocalPolitics
24 Oct 2026 • 2:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Melaka: BN kekal pendirian agihan tujuh kerusi kepada PN - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid ketika ditemui pemberita selepas Majlis Graduasi Huffaz Dan Apresiasi Kecermelangan Ulul Albab di sebuah hotel dekat Jalan Hang Tuah pada Sabtu. Foto Bernama

MELAKA - Barisan Nasional (BN) kekal dengan keputusan memperuntukkan tujuh kerusi tidak ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kepada Perikatan Nasional (PN), meskipun terdapat usaha untuk mendapatkan kerusi tambahan.

Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu telah dipersetujui menerusi perjanjian bersama dan BN akan berpegang pada persetujuan berkenaan.

"Saya dengar ada usaha-usaha pengintaian itu, tetapi kita sudah ada bai’ah, perjanjian bahawa mereka diberikan peluang merangkul tujuh kerusi yang tidak ditandingi BN dan kita serah untuk pengagihan antara parti gabungan dalam PN.

"Setakat ini, itulah yang diputuskan dan kita pegang apa dipersetujui bersama,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Graduasi Huffaz dan Apresiasi Kecemerlangan Ulul Albab di sini pada Sabtu.

Pada Jumaat, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, PN berharap rundingan dapat diadakan bagi mendapatkan tambahan satu atau dua kerusi selain tujuh kerusi yang diumumkan sebelum ini.

Media sebelum ini melaporkan Ahmad Zahid mengesahkan rundingan persefahaman politik dengan Pas telah dimuktamadkan, dengan BN akan bertanding di 21 kerusi manakala tujuh lagi diperuntukkan kepada PAS dan rakan politiknya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 31 Oktober sebagai hari penamaan calon, 10 November bagi pengundian awal dan 14 November sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka ke-16. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved