
PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Ke-273 di Istana Negara, hari ini.
Turut berangkat, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni sebagai wakil Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.
Mesyuarat MRR Ke-273 akan berlangsung selama dua hari bermula esok.
Mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.- UTUSAN
The post Agong berkenan berangkat pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja appeared first on Utusan Malaysia.






