Agong Berkenan Bersantap Di Restoran Nasi Lemak Wanjo

LocalFood
3 Jun 2024 • 1:14 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Agong Berkenan Bersantap Di Restoran Nasi Lemak Wanjo

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) — Keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Nasi Lemak Wanjo hari ini, nyata mengejutkan dan membawa keterujaan kepada pengunjung yang ada di restoran yang terletak di Kampung Baru berkenaan.

Menerusi catatan di laman Facebook Sultan Ibrahim, Seri Paduka Baginda berkenan berangkat ke kedai makan yang popular di Kampung Baru itu, untuk santapan sarapan pagi.

“Sultan Ibrahim juga berkenan meluangkan masa untuk beramah mesra serta bergambar dengan rakyat jelata,” menurut hantaran tersebut.

Rakyat Malaysia menyambut cuti umum sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved