Agong berkenan bersantap di Restoran Nasi Lemak Wanjo

3 Jun 2024 • 12:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke kedai makan yang popular di Kampung Baru itu, untuk santapan sarapan pagi. Foto Facebook Sultan Ibrahim

image is not available
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke kedai makan yang popular di Kampung Baru itu, untuk santapan sarapan pagi. Foto Facebook Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR - Keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Nasi Lemak Wanjo hari ini, nyata mengejutkan dan membawa keterujaan kepada pengunjung yang ada di restoran yang terletak di Kampung Baru berkenaan.

Menerusi catatan di laman Facebook Sultan Ibrahim, Seri Paduka Baginda berkenan berangkat ke kedai makan yang popular di Kampung Baru itu, untuk santapan sarapan pagi.

**media[2674886]**

"Sultan Ibrahim juga berkenan meluangkan masa untuk beramah mesra serta bergambar dengan rakyat jelata,” menurut hantaran tersebut.

Rakyat Malaysia menyambut cuti umum sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong hari ini. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!