Cipta Kejutan, Rakyat Teruja Bertemu Agong Di Restoran Nasi Lemak

3 Jun 2024 • 4:28 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong mengundang kejutan ramai - Gambar Istana Negara

KUALA LUMPUR - Pelanggan Restoran Nasi Lemak Wanjo di Kampung Baru di sini beroleh kejutan yang amat manis hari ini, apabila berpeluang bertemu mata dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Baginda berkenan berangkat ke restoran tersebut untuk santapan sarapan pagi.

Keberangkatan Seri Paduka Baginda hanya diiringi pengawal peribadi, malah baginda juga berkenan memandu sendiri sebuah pacuan empat roda.

Ketika di restoran, Yang di-Pertuan Agong turut berkenan menunaikan permintaan rakyat jelata yang berhajat merakam swafoto bersama baginda.

image is not available
Sultan Ibrahim turut berkenan merakam gambar bersama rakyat jelata - Gambar Istana Negara

Berdasarkan riak pelanggan, jelas kelihatan masing-masing amat teruja apabila berpeluang bertemu Seri Paduka yang amat berjiwa rakyat.

Baginda juga berkenan meluangkan masa untuk beramah mesra dengan rakyat jelata yang berada di restoran itu. - Getaran, 3 Jun 2024