Agong Cadang Pelantikan Ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Tidak Dibuat Oleh PM

LocalPolitics
30 Nov 2022 • 6:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Majlis Raja-raja telah menggesa agar perlantikan lima Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) tidak dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Kosmo! Dalam perutusan Pengerusi Mesyuarat Raja-raja, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir bertitah bahawa proses pelantikan hakim di Malaysia mempunyai kelemahan pada waktu ini dan boleh diperbaiki.

image is not available

“Untuk memastikan JAC bebas dalam melaksanakan tanggungjawab, beta mencadangkan agar pelantikan lima ahli JAC tidak dibuat oleh Perdana Menteri sebaliknya diberikan kepada beberapa institusi lain seperti Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Undang-undang Sana, Persatuan Peguambela Sarawak dan Jawatankuasa Pemilih Parlimen.”

“Dengan kaedah ini, keanggotaan JAC akan lebih seimbang, dan tidak membawa kepentingan mana-mana pihak,” titah Baginda selepas Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-260 yang berakhir hari ini.

Titah baginda lagi, JAC memainkan peranan utama dalam mengemukakan cadangan pelantikan hakim dan keanggotaan JAC adalah kritikal untuk memastikan ianya terus berkemampuan untuk mengemukakan nama-nama hakim yang berintegriti dan berkaliber.

“Beta juga mencadangkan supaya struktur JAC turut dinilai semula dengan rundingan dibuat antara kerajaan, ahli JAC sedia ada dan badan-badan guaman serta institusi lain yang relevan.”

“Beta juga yakin JAC akan mampu menjalankan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan dan menjadikan pemilihan serta pelantikan hakim-hakim di Malaysia adalah dalam kalangan individu yang berkeperibadian mulia, telus dan adil.”

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.