Agong, Permaisuri ucap takziah, keluarga arwah Syed Razak

9 Mar 2023 • 6:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Syed Razak meninggal dunia pada Rabu. - Foto Facebook Istana Negara

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain, yang meninggal dunia pada Rabu.

Turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menurut kenyataan di Facebook Istana Negara, pada Khamis Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa dukacita dengan pemergian Syed Razak dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

"Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan para solihin,” menurut kenyataan itu.

Allahyarham Syed Razak, 79, yang meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi semalam berikutan masalah kesihatan, adalah Menteri Besar Kedah kelapan dan mempunyai jasa yang besar kepada masyarakat dan negeri Kedah.

Allahyarham adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan dan menjadi Menteri Besar Kedah bermula 1999 hingga 2005 sebelum meletak jawatan semasa pentadbiran Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi disebabkan masalah kesihatan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved