Ulang Tahun Perkahwinan Diraja Ke-37 Agong Dan Raja Permaisuri Hari Ini

6 Mar 2023 • 7:24 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Hajah Azizah menyambut ulang tahun perkahwinan diraja yang ke-37 hari ini. - Gambar oleh Bernama 

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyambut ulang tahun perkahwinan diraja yang ke-37 hari ini. 

Facebook Istana Negara hari ini merafak sembah ucapan tahniah kepada Seri Paduka berdua sempena ulang tahun perkahwinan diraja menerusi satu hantaran. 

Hantaran berkenaan turut berkongsi 10 keping gambar Seri Paduka berdua dengan pelbagai aktiviti bersama termasuk bermain golf, memancing dan berangkat ke majlis rasmi. 

Hantaran tersebut turut dikongsi netizen yang memberikan ucapan tahniah diiringi doa semoga pasangan diraja berkenaan kekal bahagia. 

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Hajah Azizah bernikah 6 Mac 1986 di Masjid Abu Bakar, Johor Bahru. 

Seri Paduka berdua dikurniakan empat putera dan lima puteri. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved