Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah

LocalPolitics
28 Sep 2026 • 10:57 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarham diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

Dr Siti Hasmah, isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini.

Berita pemergian Allahyarham disahkan anaknya Tan Sri Mokhzani Mahathir ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dr Siti Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun dan meninggalkan tujuh anak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved