
Agong Salur Nilai Bidaan Plat FFF 1 Kepada Kerajaan Persekutuan
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menyalurkan nilai bidaan nombor pendaftaran kenderaan khas sebanyak RM1.75 juta kepada kerajaan Persekutuan.
Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan harapan agar nilai bidaan yang disalurkan kepada kerajaan Persekutuan itu dapat digunakan untuk membantu rakyat.
“Nombor plat kenderaan keluaran khas FFF 1 menjadi milik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selepas membida nilai tertinggi sebanyak RM1.75 juta,” menurut catatan berkenaan.
Sumber: Bernama
The post Agong Salur Nilai Bidaan Plat FFF 1 Kepada Kerajaan Persekutuan appeared first on Siakap Keli.
