Nombor Plat FFF 1 Milik Agong, Salur Nilai Bidaan RM 1.75 Juta Kepada Kerajaan

20 Jun 2024 • 5:39 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
- Gambar Facebook

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sekali lagi berkenan membida FFF 1 berjumlah RM1.75 juta.

Hasil bidaan itu kemudiannya disalurkan kepada kerajaan pusat.

Nombor plat tersebut menjadi milik Seri Paduka selepas bidaan baginda mencatat nilai tertinggi.

“Nilai bidaan yang disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan itu diharap dapat digunakan untuk membantu rakyat,” titah baginda dalam hantaran di Facebook rasmi hari ini.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata akan menggunakan sumbangan tersebut untuk melaksanakan beberapa program di bawah kementeriannya.

“Patik mewakili Kementerian Pengangkutan amat menghargai sumbangan yang disalurkan oleh Tuanku dan keprihatinan Tuanku terhadap kebajikan rakyat.

“Dana tersebut akan disalurkan untuk beberapa inisiatif seperti bantuan tambang penerbangan untuk siswa (FlySiswa) di antara Semenanjung dan Sabah, Sarawak.

“Program Mylesen untuk golongan B40 serta penukaran topi kaledar baru untuk penunggang motosikal,” katanya. - Getaran, 20 Jun 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved