Agong sekali lagi tegaskan perangi rasuah jadi tumpuan utama

1 Apr 2024 • 2:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Azam di Istana Negara pada Isnin. Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Isnin sekali lagi menegaskan bahawa memerangi ancaman rasuah sebagai musuh nombor satu negara adalah antara tumpuan utama dalam pemerintahan Seri Paduka Baginda.

Menerusi catatan di laman Facebook, Sultan Ibrahim membangkitkan perkara itu ketika berkenan menerima menghadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki di Istana Negara pada Isnin.

"Sebagaimana saya tegaskan sebelum ini, My honeymoon is over, now go catch the bees,” titah Seri Paduka Baginda, yang turut menyerahkan madu kepada Azam sebagai simbolik berakhirnya tempoh ‘bulan madu’.

Dalam sesi pertemuan selama hampir 30 minit itu, Sultan Ibrahim turut dipersembahkan antara lain mengenai perkembangan terkini agensi penguatkuasaan itu. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved