
KUALA LUMPUR -,Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku, di sini, hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Sultan Ibrahim berkenan menerima taklimat mengenai perkembangan terkini berkaitan pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
“Baginda dan Perdana Menteri turut membincangkan pelbagai isu semasa,” menurut hantaran berkenaan.
Pertemuan antara Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri itu berlangsung hampir sejam. - Getaran, 29 September 2026






