Agrobank perkukuh keterjaminan makanan negara menerusi MAHA 2026

LocalBusiness & Finance
8 Aug 2026 • 7:13 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Agrobank perkukuh keterjaminan makanan negara menerusi MAHA 2026

KOTA BHARU: Agrobank memperkukuh peranannya dalam pembangunan sektor agromakanan negara menerusi penyertaan sebagai penaja utama pameran pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, penglibatan itu sekali gus meletakan Agrobak sebagai institusi kewangan pembangunan (DFI) dalam menerajui pembangunan sektor agromakanan negara.

“Kita akan terus memainkan peranan sebagai pemudah cara kepada transformasi sektor agro melalui penyelesaian kewangan yang inovatif, sokongan kepada penggunaan teknologi dan amalan pertanian moden.

“Penyertaan Agrobank sebagai penaja utama MAHA kali kelima merupakan manifesto komitmen bank dalam memperkukuhkan daya tahan sektor agromakanan negara melalui penyelesaian kewangan yang menyokong keseluruhan rantaian nilai industri,” katanya ketika ditemui media pada Program Road To MAHA 2026 Zon Timur yang dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu di sini hari ini.

Tengku Ahmad Badli Shah memberitahu, melalui penyertaan itu Agrobank menjadi platform nasional untuk menghimpunkan semua pemain industri, usahawan, pelabur, institusi kewangan dan agensi kerajaan untuk MAHA tahun ini.

Kayanya, penglibatan Agrobank juga mencerminkan komitmen berterusan dalam menyokong agenda nasional ke arah memperkukuhkan keterjaminan makanan serta membangunkan ekosistem agromakanan yang lebih berdaya tahan.

“Kita juga akan memastikan platform ini untuk memperkukuhkan huhungan komuniti agro, memperluaskan akses kepada penyelesaian kewangan,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Tengku Ahmad Badli Shah memberitahu, keterjaminan makanan bukan sekadar memastikan bekalan makanan negara sentiasa mencukupi, malah ia bermula dengan mewujudkan ekosistem bagi membolehkan setiap pemain dalam rantaian nilai agromakanan termasuk petani, penternak, nelayan dan usahawan, pemproses, pengedar serta pengeksport agar terus berkembang.

“Penglibatan Agrobank juga mencerminkan komitmen berterusan dalam menyokong agenda nasional ke arah memperkukuhkan keterjaminan makanan serta membangunkan ekosistem agromakanan yang lebih berdaya tahan.

“Kita juga akan memastikan platform ini untuk memperkukuhkan hubungan komuniti agro, memperluaskan akses kepada penyelesaian kewangan,” katanya.

Tengku Badli Shah berkata, Agrobank berjaya merekodkan potensi pembiayaan bernilai RM1.57 billion bersama 120.76 peratus daripada sasaran RM1.30 billion yang ditetapkan.

Katanya, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM292.13 juta disumbangkan oleh segmen korporat) segmen perusahaan kecil (PKS)dan sederhana (RM1.02 billion), segmen Mikro (RM123.05 juta) pembiayaan AgroCash (RM30.59 juta) dan pembiayaan Hartani (RM108.62 juta).

“Bagi MAHA tahun ini, kita menyasarkan untuk memperluaskan impak yang dijangka dihadiri oleh empat juta pengunjung.

“Kita juga menawarkan penyelesaian perbankan runcit untuk meningkatkan taraf kehidupan komuniti pertanian dan ini dilaksanakan menerusi rangkaian yang merangkumi 188 cawangan dan 31 rangkaian perbankan,” katanya.-UTUSAN

The post Agrobank perkukuh keterjaminan makanan negara menerusi MAHA 2026 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved