Agrobank perkukuh sokongan pembiayaan usahawan Klang

LocalBusiness & Finance
18 Aug 2026 • 1:01 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Agrobank perkukuh sokongan pembiayaan usahawan Klang

KLANG – Agrobank memperluas akses pembiayaan kepada usahawan dan komuniti perniagaan menerusi pembukaan cawangan baharu di Bandar Botanik, di sini, sekali gus mengukuhkan peranannya dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi setempat.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kewujudan cawangan baharu itu memberi peluang kepada Agrobank mendekati lebih ramai individu, usahawan dan pemain perniagaan di kawasan berkenaan.

Katanya, langkah tersebut selari dengan aspirasi Ekonomi Madani untuk memperkasa rakyat menerusi pembangunan ekonomi yang mampu meningkatkan kualiti hidup serta mengukuhkan keupayaan usahawan.

“Pemindahan cawangan dari Pusat Bandar Klang ke Bandar Botanik merupakan langkah strategik mengambil kira perkembangan kawasan komersial serta potensi pertumbuhan ekonomi di sekitar Klang.

“Lokasi baharu itu bukan sahaja menyediakan persekitaran lebih selesa dan kemudahan lebih baik, malah memperluas capaian perkhidmatan Agrobank kepada masyarakat serta sektor perniagaan,” katanya ketika berucap merasmikan Agrobank Cawangan Klang di sini, hari ini.

Beliau berkata, cawangan itu menjadi penghubung antara kemudahan pembiayaan disediakan dengan usahawan dan masyarakat yang memerlukannya, terutama selepas Agrobank diperuntukkan pembiayaan sebanyak RM1.1 bilion menerusi Belanjawan 2026.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Husin berkata, pemindahan dan penaiktarafan cawangan Klang itu mencerminkan komitmen bank memastikan perkhidmatannya berkembang seiring perubahan keperluan pelanggan serta potensi ekonomi setempat.

“Ini merupakan cawangan ke-159 dengan kita menyasarkan sebanyak 210 cawangan termasuk kiosk seluruh negara,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

The post Agrobank perkukuh sokongan pembiayaan usahawan Klang appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved