Agrobank sokong ekonomi setempat menerusi Pesta Air Antarabangsa Kuala Perlis 2026

Business & Finance
21 Sep 2026 • 3:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Agrobank sokong ekonomi setempat menerusi Pesta Air Antarabangsa Kuala Perlis 2026
Penglibatan Agrobank sebagai rakan strategik Pesta Air Antarabangsa Kuala Perlis 2026 merupakan kesinambungan usaha menyokong komuniti dan usahawan di Perlis.

AGROBANK terus memperkukuh sokongan terhadap pembangunan ekonomi komuniti pesisir menerusi penglibatan sebagai rakan strategik Majlis Penutup Pesta Air Antarabangsa Kuala Perlis 2026 yang berlangsung dari 18 hingga 20 September di Tapak Menteri Besar Incorporated (MBI), Kuala Perlis.

Menerusi penyertaan itu, Agrobank membuka reruai bagi memperkenalkan produk dan perkhidmatan perbankan kepada pengunjung selain menyediakan khidmat nasihat berkaitan keperluan kewangan peribadi serta perniagaan.

Penglibatan tersebut turut memberi peluang kepada individu serta usahawan mendapatkan maklumat secara langsung mengenai kemudahan kewangan yang bersesuaian dengan keperluan mereka.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, penglibatan Agrobank sebagai rakan strategik pesta tersebut merupakan kesinambungan usaha Bank dalam menyokong komuniti dan usahawan di Perlis.

Menurut beliau, sehingga kini, Agrobank telah menyalurkan pembiayaan mikro berjumlah RM8.49 juta kepada usahawan di Perlis termasuk RM592,000 kepada komuniti nelayan di Kuala Perlis bagi memenuhi keperluan modal dan mengembangkan perniagaan mereka.

"Pembiayaan sebanyak RM1.21 juta turut disalurkan bagi penempatan semula nelayan di Pangsapuri Wai Damai Kuala Perlis.

“Selain sokongan pembiayaan, Agrobank turut menjalankan usaha menaik taraf kawasan Kampung Warna-Warni di Seberang Ramai, Kuala Perlis menerusi inisiatif Lorong Agrobank.

"Usaha ini bertujuan menambah baik persekitaran kawasan berkenaan sebagai salah satu tarikan pelancongan setempat,” katanya.

Tambahnya, Program Cashless Agrobank turut dilaksanakan di kawasan berkenaan bagi menggalakkan penggunaan pembayaran digital dalam kalangan peniaga dan masyarakat setempat.

“Setakat ini, kira-kira 90 peratus peniaga di Kampung Warna-Warni telah menggunakan DuitNow QR Agrobank dalam urusan jual beli, selari dengan agenda nasional untuk memperluas penggunaan pembayaran digital dan tanpa tunai yang lebih selamat serta efisien," katanya.

Dalam pada itu, program seperti Pesta Air Antarabangsa Kuala Perlis menghimpunkan masyarakat, usahawan dan pengusaha tempatan dalam satu platform sekali gus memberi ruang kepada Agrobank untuk berinteraksi secara langsung dengan mereka dan memahami keperluan masing-masing dengan lebih dekat.

Sebagai sebuah institusi kewangan pembangunan, Agrobank bukan sahaja menyediakan pembiayaan, tetapi turut memperluas akses kepada maklumat, khidmat nasihat dan pilihan kewangan, di samping meneruskan usaha pendigitalan bagi memudahkan urusan transaksi.

Agrobank juga akan terus memperkukuh penglibatan bersama komuniti di Perlis bagi menyokong pembangunan usahawan, komuniti nelayan dan pertumbuhan ekonomi setempat secara mampan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved