Malaysia terus bawa suara, pendirian tegas di pentas BRICS – PM

LocalPolitics
15 Sep 2026 • 1:48 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Malaysia terus bawa suara, pendirian tegas di pentas BRICS – PM

PETALING JAYA – Malaysia terus membawa suara dan pendirian yang tegas di pentas antarabangsa menerusi penglibatan negara di Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS Ke-18 di India.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pada masa sama Malaysia turut berusaha memperkukuh ekonomi negara dengan meneroka peluang kerjasama baharu.

“Alhamdulillah, Malaysia telah membawa suara dan pendirian yang tegas di pentas BRICS di India.

“Di samping itu, terus berusaha membina kekuatan ekonomi dengan menarik minat pelabur untuk meneroka ruang kerjasama baharu di Malaysia,” katanya di media sodial, hari ini.

Penyertaan Malaysia dalam Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS di New Delhi adalah atas kapasitinya sebagai Negara Rakan BRICS sejak 1 Januari 2025.

Dalam pada itu Anwar berkata, lawatan berkenaan diharap memberikan impak positif terhadap rakyat dan negara pada masa akan datang.

“Insya-Allah, hasil lawatan ke India akan diterjemahkan kepada kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan negara,” ujarnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Anwar ketika berucap di hadapan pimpinan dunia pada sidang berkenaan, Sabtu lalu, berkata, negara-negara BRICS perlu berani menyatakan pendirian bahawa pendudukan haram, penjajahan serta keganasan tidak boleh terus dibiarkan.

Beliau berkata, pendirian itu penting ketika dunia berdepan perubahan besar dalam landskap ekonomi dan geopolitik.

Selain itu beliau berkata, BRICS memiliki kelebihan geoekonomi menerusi pasaran yang luas, sekali gus membuka ruang mempelbagaikan perdagangan, mengurangkan kebergantungan kepada pasaran tradisional Barat serta menjana kemakmuran bersama. – KOSMO! ONLINE

The post Malaysia terus bawa suara, pendirian tegas di pentas BRICS – PM appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved