Ahli GISBH kantoi tanam & bakar buku ajaran sesat

LocalPolitics
21 Sep 2024 • 1:46 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Polis menemui puluhan buku berkaitan ajaran yang diperjuangkan oleh GISB Holdings (GISBH) yang ditanam di tepi sungai berdekatan kediaman pengikut kumpulan tersebut, di Kota Bharu, Kelantan.

Buku-buku ajaran sesat itu ditemui selepas polis menahan Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, baru-baru ini.

Sebahagian besar buku-buku itu telah dibakar dan polis percaya perbuatan itu dilakukan oleh kumpulan tersebut bagi mengelak bahan bukti ditemui oleh pihak berkuasa.

Terdahulu, Polis Kelantan melakukan Op Global di Kampung Panji bermula jam 7 pagi Sabtu yamg turut disertai oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEIK).

Lebih 30 penghuni termasuk lebih 20 kanak-kanak didapati mendiami kediaman tersebut. Kebanyakan penghuni adalah keluarga kepada CEO GISBH, termasuk isteri, menantu dan cucu.

Menurut penghuni, mereka telah tinggal di kediaman tersebut sejak puluhan tahun lalu dengan ahli yang sering bertukar-tukar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved